Friday, October 23, 2009

TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING DAN PERKHIDMATAN HAJI DAN UMRAH

2 BENTUK PERDAGANGAN UTAMA YAYASAN SULAMI - TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING SERTA PERKHIDMATAN MEMBAWA JEMAAH HAJI DAN UMRAH


Aktiviti dagang Yayasan Sulami masih terhad dengan hanya 2 aktiviti iaitu menternak lembu dan kambing dan memberi perkhidmatan membawa jemaah haji dan umrah ke tanah suci. Kedua aktiviti dagang ini diruskan oleh 2 Jawatan Kuasa Kecil Yayasan Sulami iaitu Jawatan kuasa Kecil Dagang. Kedua-dua jawatan kuasa ini diketuai oleh Ustaz Ali Mekah sendiri kerana beliau berpengalaman 20 tahun menguruskannya. Beliau sendiri berkemampuan menjalankannya bersendirian tetapi beliau telah mengimpakkannya demi kepentingan Yayasan Sulami.


Ustaz Ali pernah menuntut ilmu di Masjidil Haram Mekah selama 15 tahun. Beliau telah berguru dengan banyak guru-guru ternama Melayu dan Arab. Antara yang tersohor ialah Sheikh Babasin Surat dan Sheikh Abdul Karim Al Banjari. Beliau sendiri diakui sebagai seorang guru yang perlu dirujuk oleh pelajar-pelajar Melayu di Masjidil Haram bagi mendapatkan penjelasan dan keterangan terhadap sebarang masalah dan kemuskilan yang tidak difahami oleh para pelajar terutama pelajar-pelajar baru. Beliau sendiri mempunyai 2 buah rumah yang telah diwakafkan untuk kemudahan kediaman kepada pelajar-pelajar Melayu yang tinggal di Mekah dan menuntut ilmu di Masjidil Haram.


Aktiviti dagang Yayasan Sulami tidak berdasar dan berasaskan keuntungan sebagai matlamat utama. Dagang ini berbentuk amal. Pendapatan yang diterima disalurkan untuk perbelanjaan penternakan kambing dan lembu dan pengurusan pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin.


Hasil jualan kambing dan lembu ternakan digunakan untuk pendidikan dan perbelanjaan mengurus sekolah. Yayasan Sulami sangat-sangat mengalukan derma ihsan orang ramai kerana hasil ternakan mahupun dagang tidak mencukupi untuk membiayai semua pelajar dan anak-anak yatim serta anak-anak golongan fakir miskin. Lembu dan kambing yang diternak juga digunakan bagi meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin apabila disembelih dan dihidangkan dalam majlis keduri, doa selamat, awal muharam, hari asyura,mauludil rasul, israk mikraj, nisfu syaaban, awal muharam, nuzul quran, kenduri kesyukuran tamat ramadhan atau khatam quran dan kenduri pagi raya aidil fitri dan aidil adha.


Yayasan Sulami mempunyai rancangan untuk menambah pendapatan melalui usaha dagang dan perniagaan. Pada ketika ini ia masih dalam bentuk cadangan dan rancangan kerana sangat kekurangan modal dan tenaga sukarelawan. Sehubungan itu Yayasan Sulami menyeru kepada anda yang perihatin untuk membantu mengikut kemampuan dan keikhlasan anda. Derma sumbangan anda samada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, masa mahupun hanya buah fikiran adalah sangat-sangat dialukan.


Marilah menjadikan keupayaan diri dan usaha ikhtiar sebagai pelaburan ke jalan Allah. Amin ya Rabal Alamin.

Oleh TSEN